Sunday, May 10, 2020

Cabaran Pra & Post Covid

 



SEJARAH PKP 2020


Pada penghujung 2019 Malaysia dikejutkan dengan kewujudan virus bernama Corona 19 yang telah melanda sebahagian penduduk negara China. Ketika itu penduduk Malaysia dan beberapa buah negara dunia belum dijangkiti dan penyakit belum tular. 


Saya sempat ke Jepun pada Februari 2020 selama seminggu atas urusan perniagaan dan apabila pulang ke tanahair, kebanyakan penumpang dalam pesawat Malaysia yang saya naiki telah memakai pelitup muka. Rata-rata penumpang dalam dan luar negara telah mendengar keluhan dan khabar angin tentang kemungkinan ada individu telah membawa masuk virus Corona ke Malaysia.


Beberapa bulan selepas kepulangan saya ke Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytihar LockDown atau Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 - 2021 oleh Perdana Menteri ketika itu.


Bermulalah era PKP pada 18 Mac 2020 di bawah akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta Polis 1967. 

 



Cabaran PKP

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan oleh polisi kerajaan yang memerintah ketika itu. Antara kesukaran saya alami: 

1. semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah itu;

2. bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang tertakluk kepada perintah itu;

3. semua perniagaan ditutup beroperasi. Namun saya dapat menyelamatkan syarikat & perniagaan dengan mengambil upah membuat website secara kecil-kecilan, menterjemah dan membuat designing. Disebabkan tidak mahu menutup syarikat serta memindahkan wang simpanan ke akaun syarikat bagi mengekalkan penyata tahunan.  Saya menukar suasana ruang tamu rumah menjadi ruang pejabat. Saya mula menguruskan perniagaan dari rumah sehingga sekarang;

4. bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk;

5. pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan itu;

6. semua jalan ke kawasan itu disekat.

 



Mula Berjinak dengan Matawang Kripto oleh Etoro

Sewaktu PKP pada 2020, saya telah terputus pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian, menguruskan rumahtangga, utiliti syarikat, pinjaman bank dan tunggakan ansuran pengajian di universiti. Sukar mendapat pelanggan baru. Pelanggan sedia ada juga keputusan sumber untuk membayar upah perkhidmatan menyebabkan saya terpaksa mencari peluang pelaburan yang berdaftar dan sah. 

Lama saya membuat kajian dan penyelidikan akhirnya saya bertemu dengan aplikasi pelaburan luar negara Etoro. Ia menyediakan tapak untuk pelabur kecil seperti saya menguruskan sendiri dana dan pelaburan. Pada mulanya saya menyangka akan dibantu oleh broker atau penasihat dalam Etoro sebaliknya saya perlu belajar, menguruskan aplikasi, membeli dan menjual saham dengan sendirinya tanpa ada bantuan dan nasihat, ALAMAK! Terkial-kial saya belajar aplikasinya, mujurlah kebanyakan pelabur Etoro berpengalamaan telah berkongsi pengalaman mereka berurusniaga dengan Etoro di Youtube.

 

Saya membeli Bitcoin dengan RM50 atau 200USD ketika itu. Setahun saya mengambil masa untuk belajar tentang selok belok pelaburan bitcoin dan saham luar negara. Saya telah menyimpan deposit hampir setahun ekoran mengambil masa lama untuk belajar berurusniaga dengan aplikasi Etoro. Namun saya perlu wang, PKP tidak membantu usahawan dari rumah seperti saya. Walaupun suami bekerja separa masa, perbelanjaan kami semakin tenat dari fasa PKP 2020 hingga 2022.

 

Kini saya telah menyertai Etoro hampir 3 tahun, saya menjadi mahir dalam menguruskan baki dan deposit. Daripada melabur sebanyak 200USD ketika PKP 2020, pernah merasai keuntungan dan mengeluarkannya untuk perbelanjaan yuran universiti hingga tahun 2024 saya masih berdagang. Objektif melabur pada tahun 2023 dan 2024 tidak lagi untuk mendapatkan nilai(value), menimba pelbagai strategi(multi strategy) dan kuantiti(quant) sebaliknya saya mengubah objektif iaitu untuk memperolehi (pendapatan)income sahaja dengan Etoro. 

Dengan sedikit keuntungan & baki deposit yang kecil saya masih mengharapkan mendapat semula pulangan modal. Impak penularan virus Corona, Perang Gaza & kejatuhan ringgit berbanding US Dollar telah menjejaskan pelabur kecil seperti saya hingga saya tidak lagi dapat melihat keuntungan.


Nota: Saya akan berkongsi aktiviti saham luar negara pada keluaran akan datang.


 

 

No comments:

Post a Comment

Tentang Saya

Saya Presiden Pengasas Persatuan Wanita Dalam Urustadbir & Teknologi Malaysia | Persatuan Wanita dalam Tadbir Urus & Teknologi Malay...