Sunday, January 5, 2025

BERLANGGAN DENGAN BJAK SECARA ONLINE

 





Ditulis oleh: Mdm Hjh Tetty Henney 


Tahun ini adalah tahun kedua saya melanggan dengan BJAK. Saya baru sahaja memperbaharui cukai jalan dengan Zurich Takaful dengan harga RM402 setahun untuk kelas 3rd Party. Saya hanya mampu untuk membeli dengan harga ini kerana harga lebih murah berbanding dengan syarikat insuran lain memandangkan kereta yang saya miliki bertaraf MPV. 


Sebelum memulakan proses:

  1. Berhubung dengan staf BJAK menerusi talian WhatsApp di 016 6999129 dan beri alamat emel serta nombor talian bimbit yang aktif dan rasmi untuk bakal menerima semua sebutharga dan resit pembayaran daripada staf bertugas.
  2. Memilih sebutharga harga dan pakej insuran. Saya telah memilih harga terendah sebanyak RM402.87 untuk setahun yang ditawarkan syarikat Zurich Takaful. 


Foto Sebutharga Insuran





3. Setelah memilih sebutharga pilihan, saya hanya perlu menekan butang bayar menerusi online banking yang telah tersedia di tapak pembayaran. Proses tidak lama hanya mengambil masa 2-3 minit untuk melengkapkan pembayaran.

Berikut:

i. Salinan Cover Note dan

ii. Foto Resit Pembayaran Insuran 

yang saya berjaya terima setelah pembayaran berjaya dibuat menerusi online banking. Cover Note dalam bentuk PDF ini akan diemel oleh BJAK ke alamat emel kita.


1. Salinan Cover Note (PDF)






2. Foto Resit Pembayaran Insuran 














4. Pelanggan mempunyai masa selama 14 hari untuk meneruskan pembelian roadtax, cukai jalan. BJAK menawarkan dua pilihan samada untuk membeli dengan mereka atau terus ke kaunter JPJ. Disebabkan saya bekerja saya memilih untuk membuat semua urusniaga secara online. Walaupun diberi masa 14 hari untuk menyempurnakan pembelian, saya tidak mahu menunggu lama. Selang selepas 4 hari melunaskan pembayaran insuran, saya diberi link oleh staf BJAK untuk memperbaharui dan membuat pembayaran cukai jalan dengan BJAK secara online.


Foto Sebutharga Cukai Jalan Kereta




5. Akhirnya setelah tidak sampai 5 hari bekerja saya berjaya melengkapkan pembayaran untuk kedua-dua insuran dan cukai jalan menerusi BJAK secara online. Berikut resit cukai jalan yang telah saya bayar dan perbaharui. Semua sebutharga dan resit pembayaran boleh dilihat dan diperolehi di emel kita.



Foto Resit Cukai Jalan Telah Diperbaharui








6. Sehari selepas proses pembayaran cukai jalan dibuat, saya telah diminta untuk login masuk aplikasi MyJPJ untuk memeriksa slip cukai jalan di situ. JPJ telah mengambil masa selama 1 hari bekerja untuk memproses permohonan memperbaharui cukai jalan kereta saya. Saya login masuk ke aplikasi, dan nampak slip cukai jalan telah diperbaharui di folder bahagian semakan lesen kenderaan motor (LKM).

Penting:
  • Sebelum itu muat turun aplikasi MyJPJ ke dalam telefon bimbit. Daftar sebagai pengguna baru dengan memberi maklumat peribadi dengan tepat.
  • Kita perlu lakukan proses ini iaitu muat turun aplikasi sendiri tanpa bantuan BJAK. 
  • BJAK akan mengemaskini dan memberitahu notifikasi yang diterima dari syarikat insuran dan JPJ dari masa ke semasa menerusi WhatsApp
  • Kerjasama antara BJAK dengan JPJ dan syarikat insuran dapat dilihat apabila proses berjaya dilakukan.

Sebagai syarikat yang berpengalaman dalam perniagaan ePayment dan bertaraf MSC Status, saya salute dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BJAK dalam memberi perkhidmatan bijak dengan kos, tenaga dan masa menjimatkan. Saya juga adalah pembangun laman website dan aplikasi, saya telah menjadi penggiat veteran dalam industri teknologi tinggi dan AI sejak tahun awal tahun 2000 sedar akan kemahuan semua pengguna yang mahukan pelbagai jenis perkhidmatan yang selesa dan mudah.





Nota: Jika ada persoalan dan pertanyaan tentang perkhidmatan dengan BJAK, tinggalkan ia di sini. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.



No comments:

Post a Comment

BERLANGGAN DENGAN BJAK SECARA ONLINE

  Ditulis oleh: Mdm Hjh Tetty Henney  Tahun ini adalah tahun kedua saya melanggan dengan BJAK . Saya baru sahaja memperbaharui cukai jalan d...