Sunday, May 10, 2020

3 Dekad Berkecimpung Dalam Dunia Pelaburan PNB

 







SEJARAH MELABUR SECARA KECIL-KECILAN 

 

Saya melakukan kajian dan penyelidikan sebelum memilih dana pelaburan dalam mahupun luar negara. Ketika mula melabur, tidak banyak dana pelaburan yang menjanjikan perkhidmatan amanah, berintegriti dan cekap semasa berurusniaga melainkan PNB.

Saya menelaah prospektus PNB selama berbulan sebelum bercadang untuk melabur di sini. Ia satu pilihan bijak. PNB sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pengurusan dan sistem. 

Bermula dengan membuka simpanan sebanyak RM100 pada tahun 2005, saya mula menabung setiap bulan hasil pendapatan daripada membuka kelas tuisyen mengajar pelajar sekolah sekolah kebangsaan, menengah dan tingkatan 6.

Ketika itu dividen dan bonus diperoleh ialah sebanyak 7.25% dan bonus 1.25. Saya tidak mempunyai syarikat dan hanya bekerja daripada rumah. Dengan nilai dividen yang tinggi ketika ini, saya melabur semula. Keuntungan diperoleh dilaburkan semula. Dengan disiplin dan rasa tanggungjawab, saya menetapkan untuk menabung dengan hasil dividen kerana saya belum mempunyai pendapatan dan kerja tetap pada pertengahan tahun 2000.




MENAMBAH PELABURAN


PNB sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pengurusan dana pelaburan dan sistem daripada tahun saya mula melabur, 2005 hingga hari ini 2024. 

Pada 2024, dividen dan bonus ASB kian susut. Dengan hanya 4.25% dan bonus 1.0, saya sudah menjangka kejatuhannya. Ekoran daripada perubahan sruktur ekonomi dunia, penularan virus Corona, perang Gaza dan lain-lain impak, ia pasti memberi kesan kepada sektor pelaburan negara. 

Walaupun dengan penurunan nilai dividen, saya masih melabur di PNB. Dengan usia yang semakin emas, dan pendapatan tidak lagi tetap, pelaburan adalah salah satu daripada penyelesaian kemelut ekonomi sesebuah keluarga.



PELABURAN SWASTA PNB

Pelaburan swasta telah menjadi sebahagian daripada portfolio PNB sejak penubuhannya pada tahun 1978. Pada masa ini, portfolio PNB terdiri daripada pelaburan langsung dalam syarikat swasta dalam bentuk sama ada pegangan kawalan atau pegangan saham minoriti yang besar, serta pelaburan tidak langsung dalam dana ekuiti swasta di seluruh dunia.

Ikuti link di bawah untuk mengetahui beberapa buah syarikat yang tersenarai dalam pelaburan PNB.

Sumber: PNB

No comments:

Post a Comment

Tentang Saya

Saya Presiden Pengasas Persatuan Wanita Dalam Urustadbir & Teknologi Malaysia | Persatuan Wanita dalam Tadbir Urus & Teknologi Malay...