Sunday, May 10, 2020

3 Dekad Berkecimpung Dalam Dunia Pelaburan PNB

 







SEJARAH MELABUR SECARA KECIL-KECILAN 

 

Saya melakukan kajian dan penyelidikan sebelum memilih dana pelaburan dalam mahupun luar negara. Ketika mula melabur, tidak banyak dana pelaburan yang menjanjikan perkhidmatan amanah, berintegriti dan cekap semasa berurusniaga melainkan PNB.

Saya menelaah prospektus PNB selama berbulan sebelum bercadang untuk melabur di sini. Ia satu pilihan bijak. PNB sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pengurusan dan sistem. 

Bermula dengan membuka simpanan sebanyak RM100 pada tahun 2005, saya mula menabung setiap bulan hasil pendapatan daripada membuka kelas tuisyen mengajar pelajar sekolah sekolah kebangsaan, menengah dan tingkatan 6.

Ketika itu dividen dan bonus diperoleh ialah sebanyak 7.25% dan bonus 1.25. Saya tidak mempunyai syarikat dan hanya bekerja daripada rumah. Dengan nilai dividen yang tinggi ketika ini, saya melabur semula. Keuntungan diperoleh dilaburkan semula. Dengan disiplin dan rasa tanggungjawab, saya menetapkan untuk menabung dengan hasil dividen kerana saya belum mempunyai pendapatan dan kerja tetap pada pertengahan tahun 2000.




MENAMBAH PELABURAN


PNB sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pengurusan dana pelaburan dan sistem daripada tahun saya mula melabur, 2005 hingga hari ini 2024. 

Pada 2024, dividen dan bonus ASB kian susut. Dengan hanya 4.25% dan bonus 1.0, saya sudah menjangka kejatuhannya. Ekoran daripada perubahan sruktur ekonomi dunia, penularan virus Corona, perang Gaza dan lain-lain impak, ia pasti memberi kesan kepada sektor pelaburan negara. 

Walaupun dengan penurunan nilai dividen, saya masih melabur di PNB. Dengan usia yang semakin emas, dan pendapatan tidak lagi tetap, pelaburan adalah salah satu daripada penyelesaian kemelut ekonomi sesebuah keluarga.



PELABURAN SWASTA PNB

Pelaburan swasta telah menjadi sebahagian daripada portfolio PNB sejak penubuhannya pada tahun 1978. Pada masa ini, portfolio PNB terdiri daripada pelaburan langsung dalam syarikat swasta dalam bentuk sama ada pegangan kawalan atau pegangan saham minoriti yang besar, serta pelaburan tidak langsung dalam dana ekuiti swasta di seluruh dunia.

Ikuti link di bawah untuk mengetahui beberapa buah syarikat yang tersenarai dalam pelaburan PNB.

Sumber: PNB

Cabaran Pra & Post Covid

 



SEJARAH PKP 2020


Pada penghujung 2019 Malaysia dikejutkan dengan kewujudan virus bernama Corona 19 yang telah melanda sebahagian penduduk negara China. Ketika itu penduduk Malaysia dan beberapa buah negara dunia belum dijangkiti dan penyakit belum tular. 


Saya sempat ke Jepun pada Februari 2020 selama seminggu atas urusan perniagaan dan apabila pulang ke tanahair, kebanyakan penumpang dalam pesawat Malaysia yang saya naiki telah memakai pelitup muka. Rata-rata penumpang dalam dan luar negara telah mendengar keluhan dan khabar angin tentang kemungkinan ada individu telah membawa masuk virus Corona ke Malaysia.


Beberapa bulan selepas kepulangan saya ke Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytihar LockDown atau Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 - 2021 oleh Perdana Menteri ketika itu.


Bermulalah era PKP pada 18 Mac 2020 di bawah akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta Polis 1967. 

 



Cabaran PKP

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan oleh polisi kerajaan yang memerintah ketika itu. Antara kesukaran saya alami: 

1. semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah itu;

2. bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang tertakluk kepada perintah itu;

3. semua perniagaan ditutup beroperasi. Namun saya dapat menyelamatkan syarikat & perniagaan dengan mengambil upah membuat website secara kecil-kecilan, menterjemah dan membuat designing. Disebabkan tidak mahu menutup syarikat serta memindahkan wang simpanan ke akaun syarikat bagi mengekalkan penyata tahunan.  Saya menukar suasana ruang tamu rumah menjadi ruang pejabat. Saya mula menguruskan perniagaan dari rumah sehingga sekarang;

4. bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk;

5. pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan itu;

6. semua jalan ke kawasan itu disekat.

 



Mula Berjinak dengan Matawang Kripto oleh Etoro

Sewaktu PKP pada 2020, saya telah terputus pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian, menguruskan rumahtangga, utiliti syarikat, pinjaman bank dan tunggakan ansuran pengajian di universiti. Sukar mendapat pelanggan baru. Pelanggan sedia ada juga keputusan sumber untuk membayar upah perkhidmatan menyebabkan saya terpaksa mencari peluang pelaburan yang berdaftar dan sah. 

Lama saya membuat kajian dan penyelidikan akhirnya saya bertemu dengan aplikasi pelaburan luar negara Etoro. Ia menyediakan tapak untuk pelabur kecil seperti saya menguruskan sendiri dana dan pelaburan. Pada mulanya saya menyangka akan dibantu oleh broker atau penasihat dalam Etoro sebaliknya saya perlu belajar, menguruskan aplikasi, membeli dan menjual saham dengan sendirinya tanpa ada bantuan dan nasihat, ALAMAK! Terkial-kial saya belajar aplikasinya, mujurlah kebanyakan pelabur Etoro berpengalamaan telah berkongsi pengalaman mereka berurusniaga dengan Etoro di Youtube.

 

Saya membeli Bitcoin dengan RM50 atau 200USD ketika itu. Setahun saya mengambil masa untuk belajar tentang selok belok pelaburan bitcoin dan saham luar negara. Saya telah menyimpan deposit hampir setahun ekoran mengambil masa lama untuk belajar berurusniaga dengan aplikasi Etoro. Namun saya perlu wang, PKP tidak membantu usahawan dari rumah seperti saya. Walaupun suami bekerja separa masa, perbelanjaan kami semakin tenat dari fasa PKP 2020 hingga 2022.

 

Kini saya telah menyertai Etoro hampir 3 tahun, saya menjadi mahir dalam menguruskan baki dan deposit. Daripada melabur sebanyak 200USD ketika PKP 2020, pernah merasai keuntungan dan mengeluarkannya untuk perbelanjaan yuran universiti hingga tahun 2024 saya masih berdagang. Objektif melabur pada tahun 2023 dan 2024 tidak lagi untuk mendapatkan nilai(value), menimba pelbagai strategi(multi strategy) dan kuantiti(quant) sebaliknya saya mengubah objektif iaitu untuk memperolehi (pendapatan)income sahaja dengan Etoro. 

Dengan sedikit keuntungan & baki deposit yang kecil saya masih mengharapkan mendapat semula pulangan modal. Impak penularan virus Corona, Perang Gaza & kejatuhan ringgit berbanding US Dollar telah menjejaskan pelabur kecil seperti saya hingga saya tidak lagi dapat melihat keuntungan.


Nota: Saya akan berkongsi aktiviti saham luar negara pada keluaran akan datang.


 

 

Inovasi Dalam Perdagangan dan Pelaburan

 



Perdagangan, Pelaburan & Inovasi


Perdagangan, Pelaburan dan Inovasi ialah enjin yang berkuasa untuk pertumbuhan dan pembangunan mampan. Pengembangan perdagangan merentasi Asia-Pasifik dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi pemacu utama kedinamikan ekonomi dan peningkatan kemakmuran. Perdagangan dan pelaburan, contohnya melalui penyertaan dalam rangkaian pengeluaran global, telah mewujudkan pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan membantu menyebarkan teknologi, pengetahuan dan idea ke seluruh rantau ini. 

Tetapi tidak semua individu dan komuniti telah dapat mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang datang daripada penglibatan dalam pasaran antarabangsa. Teknologi dan inovasi memegang janji besar untuk mengurangkan ketidaksamaan dan menyokong pembangunan mampan. Negara-negara di Asia dan Pasifik disokong oleh sekretariat ESCAP dalam usaha mereka untuk mengatasi cabaran yang menghalang mereka untuk menggunakan perdagangan, pelaburan, teknologi dan inovasi dengan lebih baik untuk menyampaikan Matlamat Pembangunan Mampan kepada semua.


Tentang Saya

Saya Presiden Pengasas Persatuan Wanita Dalam Urustadbir & Teknologi Malaysia | Persatuan Wanita dalam Tadbir Urus & Teknologi Malay...